Jumaat, 31 Julai 2009

Idea dan hasil gubahan tanganku












Salam, hai semua...

Disini aku ingin brkongsi tentang minatku yg mendalam dlm menghasilkan gubahan hantaran [untuk perkahwinan dan pertunangan]. Sememangnyer aku tiada asas secara teknikalnya, just minat kpd kecantikan dan keunikan yg ku lihat di dalam majalah2 pengantin..yang akhirnyer mendorong ku untuk mencuba.

Percubaan pertamaku dtg tanpa diduga sewaktu abangku ingin berkahwin 4 tahun yg lalu. Time tu, nk dijadikan cite tiade siape yg nk buat barang2 hantaran untuk abangku. Ku beranikan diri untuk mencuba kerana kesian melihat abangku yg runsing tentang hari bahagianyer. Walaupun tiade keyakinan tp di dlm hatiku berdetik..aku mahu buat yg trbaik untuk hari bahagia abangku nnt. Alhamdulillah..akhirnyer, percubaan pertamaku berhasil..bukan sahaja barang hantaran malah perhiasan di bilik pengantin juga aku yg hias:-) Tapi, sygnyer tiada plak gambar dlm simpananku untuk ku share..:-( sori kengkawan...

Walaupn selepas itu tiada ape2 permintaan mahupun pujian dari sedare mare, tp hatiku puas bile abang dan keluargaku berterima kasih padaku kerana 'menyelamatkan keadaan' pd masa tu...hehehehe..:-) selepas agak lame aku 'menyepi'...bukannyer ape, aku buat gubahan ni atas dasar minat dan hobi semata-mata..lgpun aku xbuat marketing..manelah org tau kebolehan aku ni...hehehehe.

Dan sememangnyer menjadi impianku untuk menggubah sendiri barang2 hantaranku..sama ada untuk pertunangan mahupun kawen nnt. Alhamdulillah, akhirnyer tercapai gak impianku itu. Untuk majlis pertunanganku yg baru sebulan lebih berlalu tu..aku menggubah hantaran untuk ke dua2 belah pihak [ aku yg offerkan diri untuk menggubah bg pihak die..hehehee]. Di sini aku sertakan gambar2 hantaran yg ku gubah sendiri..[jgn lupe tgk dan komen dialu-alukan untuk aku lebih improve..insyaAllah]

Selepas mendapat byk pujian[Alhamdulillah:-)] akhirnyer aku berkeyakinan untuk membina blog ini yang boleh aku berkongsi dgn sesiape jer..dlm mase yg same membuat strategy marketingla...hehehehe..:-)
Tapi, blog ini ditubuhkan bukan untuk gain profit semata2... secara jujur kalaupun ade tempahan dari anda yg berminat di luar sane..buat mase ni, aku serahkan harga pada customer..aku just bagi range harga [ ] .So, pada sesiape yg berminat, anda dialu-alukan untuk e-mail dan kite akan discuss...:-)

Aku dan blog...

Assalamualaikum Wbt.....& Salam Taa'ruf buat semua...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga untuk 'memiliki' blogku sendiri dan membiarkan tintaku bebas menari-nari mencoretkan kata2...sesungguhnya aku memang suka menulis dan berpuisi...:-)

Aku bukanlah mahir dlm bab2 komputer mahupun internet ni..kalau bab chatting tu lainla..hehehe:-) justeru, kelahiran blogku yg simple ini bukanlah untuk menyaingi blog2 yang lain malah keterujaanku dlm membuat sesuatu yg ku minati menghasilkan blog ini seterusnya dpt berkongsi dgn sahabat2 di luar sana. 'Dari Wanita untuk Wanita' lahir kerana minatku pada kecantikan dan keunikan bukan menghadkan blog ini pd wanita sahaja..[jgn mare kaum Adam..hehehe]..

Last but not least.....thank you so much for those yg sudi click pd blogku dan seterusnya membaca ape sahaja yg ku coretkan..moga ini permulaan yg cukup baik buatku untuk merealisasikan ape yg ku minat..insyaAllah..ameen:-)